RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PERANCANGAN
BIL. | PERKARA | TINDAKAN |
01. | MATA PELAJARAN | Pendidikan Seni Visual |
02. | TAHUN / KELAS | 4 A |
03. | BILANGAN PELAJAR | 29 Orang |
04. | TARIKH | 3 Ogos 2010 |
05. | MASA | 09.00-10.00 (1 jam) |
06. | BIDANG | Membuat corak dan rekaan |
07. | TAJUK | Kertas pembalut hadiah |
08. | KEMAHIRAN / TEMA | Capan |
09. | PENGETAHUAN SEDIA ADA | i. Murid mengenali sayur-sayuran. ii. Murid mengetahui cara memotong. |
10. | HASIL PEMBELAJARAN | Aras 1 Memerhati dan mengkaji jenis sayuran yang mempunyai lapisan kelopak. Aras 2 Memotong sayuran dengan pelbagai contoh seperti : - menegak, melintang Aras 3 Membuat corak dalam pelbagai susunan seperti : - selang-seli, berjalur, dll. Aras 4 Mempamerkan hasil kerja |
11. | KEMAHIRAN BERFIKIR | Kritis : Membanding dan membezakan Kreatif : Menjana idea |
12. | PENERAPAN NILAI | Keselamatan, kerjasama, ketelitian, |
13. | BAHAN BANTU MENGAJAR | Papan putih, marker,contoh hasil kerja guru, komputer riba, pembesar suara. |
14. | KEPERLUAN | 5 biji sayur kobis 5 bilah pisau 5 set warna air 29 berus warna 29 helai kertas A4 Surat khabar |
PELAKSANAAN
LANGKAH/ MASA | ISI PEMBELAJARAN | AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | CATATAN |
Set Induksi (5 minit) | Menyanyikan lagu bertajuk “Vegetable” | Guru meminta murid untuk mendengarkan lagu terlebih dahulu. Murid menyanyikan lagu bersama-sama. Guru mengaitkan set induksi dengan pembelajaran hari ini. | Kecerdasan pelbagai: Verbal linguistik, Inter/ intrapersonal muzik |
Langkah 1 ( 20 minit ) | Menerangkan konsep capan. Membuat tunjuk cara. | Aras 1 Memerhati dan mengkaji jenis sayuran yang mempunyai lapisan kelopak. Guru menerangkan definisi capan kepada murid. Guru menerangkan jalinan yang terdapat pada sayur kobis. Murid memerhatikan jalinan yang terdapat pada sayur kobis berkenaan. Guru membuat langkah tunjuk cara untuk menghasilkan capan. Guru mengarahkan murid untuk membentuk 5 kumpulan, 4 kumpulan terdapat 5 orang ahli manakala 1 kumpulan terdapat 4 orang ahli. | Kecerdasan pelbagai: Verbal linguistik, ABM/BBM: Hasil kerja guru. Kertas A4, warna air, berus warna, kobis dan pisau. |
Langkah 2 (25 minit ) | Menghasilkan capan. | Aras 2 Memotong sayuran dengan pelbagai contoh seperti : - menegak, melintang Aras 3 Membuat corak dalam pelbagai susunan seperti : - selang-seli, berjalur, dll. Murid memotong kobis dengan pelbagai arah seperti melintang dan menegak. Murid menghasilkan capan Guru membimbing murid menghasilkan capan. | Kecerdasan pelbagai:- Kinestetik, KBKK: Membanding beza, Menjana idea ABM/BBM: Surat khabar, kobis, pisau, kertas A4, Warna air dan berus warna. Nilai: Keselamatan Ketelitian Kerjasama |
Langkah 3 ( 5 minit ) | Peneguhan dan penilaian | Aras 4 Mempamerkan hasil kerja Guru meminta murid membentangkan hasil kerja masing- masing. Guru menegaskan nilai-nilai dalam menghasilkan karya. | Kecerdasan pelbagai:- Intra/ interpersonal, verbal linguistik Nilai: Keyakinan, Keberanian |
Penutup ( 5 minit ) | Penutup | Murid menyanyikan lagu secara beramai-ramai. | Kecerdasan Pelbagai: Muzik |
kalo nak byk lagi project, carik idea kat sini
ReplyDeletehttp://www.hitentertainment.com/artattack/menu_artattacks.html
thanks .~
ReplyDelete